Pengenalan

PENGENALAN

PUSHPIAM didaftarkan sebagai satu pertubuhan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 denagn No Pendaftaran 1669-07KDH bertarikh 2 Ogos 2007. Mula beroperasi di alamat 123, Lorong Putra A/1 Pusat Perniagaan Putra, 09000 Kulim, Kedah Darulaman.
Usaha untuk menubuhkan persatuan ini bermula dari tahun 2005 di mana En Khairil Sani Wong telah pun melakukan kerja-kerja dasar sementara menunggu proses permohonan lesen diluluskan.

Setelah mendapat kelulusan penubuhan PUSHPIAM pada tanggal 1hb Februari 2008 bermulalah aktiviti pengambilan ahli secara rasmi. Dengan kemudahan serta prasarana yang disediakan adalah diharap segala perancangan dan operasi PUSHPIAM dapat berjalan lancar serta memberi faedah kepada warga PUSHPIAM khususnya mencapai matlamat dan visi dalam bidang keusahawan dan pertanian.

PUSHPIAM telah melantik perunding URUSBAKTI RESOURCES sebagai penggerak untuk melancarkan segala aktiviti dan perancangan dalam projek-projek berkaitan bagi memantapkan organisasi PUSHPIAM agar menjadi pertubuhan yang dapat memberi manfaat kepada ahlinya.

Pages: 1 2 3 Depan ยป