• En Khairil Sani
    En Khairil Sani

Blog Pengerusi


Dengan rasa syukur yang tak terhingga kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya serta izin perkenanNYA maka satu perancangan perintis telah terlaksana dengan tertubuhnya Persatuan Usahawan Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (PUSHPIAM)

Dengan mengambil kira sebagai satu tanggungjawab sosial dan fardhu kifayah dalam merealisasikan impian dan cita-cita ini, marilah kita bersama sama berjuang mengorak langkah kehadapan dalam menterjemahkan cita cita murni untuk ekonomi ummah yang lebih mantap, stabil dan bakal diwarisi oleh generasi seterusnya.

Inilah komitmen dan keyakinan kami yang digarap seiring dengan impian warga PUSHPIAM dalam meningkatkan sosio-ekonomi dan menerapkan sebuah masyarakat berilmu.

Pelbagai perancangan jangka pendek dan panjang telah dirangka bagi memastikan agar faedahnya dinikmati bersama selaras dengan slogan kerajaan "Pertanian Adalah Perniagaan".

Semoga usaha murni ini akan sentiasa dipermudahkan oleh Maha Pencipta serta dirahmati seterusnya menjadi kenyataan dibawah pengurusan PUSHPIAM.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Khairil Sani Wong Abdullah
Pengerusi PUSHPIAM